Selasa, 19 Februari 2013

Food poisoning ----> Diarrhea TT__TT

Assalammualaikum dan salam semua...
ahahahah...
kenapa...lawakkan...
ok...Food Poisoning atau Keracunan..
emm..baru-baru nie aku kena keracunan makanan...
pergh...aku x tau apa punca dia...
tp seksanya kalo da kena nie...
sbb menurut Daeyan
pesakit yang kena keracunan makanan nie...
dia akan:
1.rasa loya nak muntah dan seterusnya muntah-muntah
2.perut memulas dan rasa sakit perut melampau dan luar biasa
3. emmm...cirit birit yang kerap...(bheheheh)
4. kadangkala badan terasa panas nak demam dan sejuk serentak...
huhuhuh....maybe ada lagi simptom-simptom dia...huhuhu
nie yg aku kena mengikut urutan dari bawah ke atas...bhehehehe
dan menurut Daeyan lagi...
simptom-simptom nie mula muncul selepas beberapa jam  atau hari selepas makan makanan yang tercemar tu...owh...sama la den...sakit selepas beberapa jam makan...bhehehehhe

dan berkata juga Daeyan bahawa setiap simptom yang dirasai oleh individu adalah berbeza mengikut:
1. ketahanan badannya melawan penyakit yang datang
2. jenis kekuatan racun atau bakteria yang menyebabkan makanan itu beracun
3. jumlah makanan tercemar yang dimakan oleh individu tersebut
4.bergantung kepada umur individu - terlalu muda atau terlalu tua boleh mengakibatkan individu tersebut merasai kesakitan melampau.

sedikit info mengenai bakteria dan makanan yang boleh memberikan kesan kepada perut manusia..
nie adalah bakteria utama penyebab keracunan makanan

nie pulak jenis makanan yang berisiko kepada manusia...huh  >__<

punca-punca utama keracunan makanan menurut Dr. Daeyan ialah
makanan yang dimakan :
1. mengandungi toksin atau racun semulajadi makanan laut, daging dan sebagainya.
2. tercemar oleh kuman yang berbahaya kepada badan manusia.
3. tercemar dengan bahan-bahan kimia atau radiasi
4. tercemar oleh persekitaran yang berlalat, habuk dan sebagainya.

cara jangkitan nie berlaku menurut Dr. Daeyan lagi adalah disebabkan oleh sikap:
1. penjaja @ penjual makanan atau diri sendiri yang tidak menghiraukan kebersihan diri dan juga kebersihan gerai/ dapurnya.
2. penjaja/ penjual atau diri sendiri yang tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan.
3. menjamah makanan dengan tangan yang kotor dan tidak dibasuh terlebih dahulu.
4. pengguna yang tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli.

cara mengatasi menurut Dr. Daeyan ialah hak pengguna untuk :
1. memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
2. menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
3. mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan atau saudara mara untuk tidak membeli makanan dari gerai yang kotor.
4. menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan.
5. melaporkan penjaja/penjual yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran...(kasi angkut tu kedai...bhehehehehe)

Dr. Daeyan juga telah menyatakan beberapa amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan. antaranya ialah:
1. basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan.
2. jika malas membasuh tangan ( choiii punya org...!!!) ambillah makanan dengan senduk, garpu, sudu atau penyepit...jangan gunakan tangan yang kotor tu untuk amik makanan....(bheheheheh)
3. gunakan alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang telah dimasak.
4. simpan makanan dibawah tudung saji atau ditempat yang selamat daripada lalat, habuk dan serangga perosak yang lain.
5. simpan semua bahan makanan yang mudah rosak dalam peti sejuk.

ingat...makanan yang tercemar ada dimana-mana sahaja ...
sayang perut, badan, diri anda dan keluarga...

(bheheheheheh...aku makan adik angkat punya pil chi-kit teck aun...pil hong sah cap labu sayung...bhehehehe)

P/S: sbb tue time aku sakit, aku teringat masakan mak aku....mom...mom...miss u so much...TT__TT
(my mom always my greates cooker to me..love u mom)

ahahahaha...ok la...babai...adioz... =D

credit to:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan